Kita dijadikan tuhan dengan seribu satu anugerah istimewa ,
berbanding mereka yang bergelar lelaki .
Namun ,
kita masih leka ,
sehingga anugerah kurniaan-Nya masih dipandang kosong .
Ini adalah antara keistimewaan "kita" yang bergelar perempuan .
- Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
- Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
- Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
- Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya.
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Terlalu besar dan banyak kelebihan kita ,
Setiap seuatu tindakan kita ,
tidak pernah terlepas dari catatan malaikat di kiri dan kanan .
Namun ,
kita seringkali lupa ,
malah seringkali memandang setiap satu kewajipan sebagai seorang perempuan ,
yang bergelar anak ,
yag bergelar ibu ,
yang bergelar isteri ,
sebagai seuatu yang remeh .
Namun sebenarnya ,
setiap sesuatu yang kita anggap remeh ,
adalah berat di sisi ALLAH .
Kita adalah insan yang paling mudah menjejaki SYURGA ,
namun kita juga adalah golongan yang paling ramai menghuni NERAKA .
Mengapa begitu ?
Kerana seringkali tanggungjawab dan amanah ini ,
kita abaikan .
Bertuahnya kita kerana bergelar perempuan ,
Bertuahnya kita kerana dianugerahkan seribu satu keitimewaan ,
Namun ,
Malangnya kita kerana mempersiakannya ,
Ruginya kita kerana tidak menyedarinya .
Jangan minta pembalasan amalan kita hanya di dunia ,
Kerana dunia ini sementara ,
Tapi pohonlah pembalasan amalan kita di akhirat ,
Kerana akhirat sana lah yang kekal abadi .
Banyak perempuan yang telah jauh terpesong dari landasan ISLAM yang sebenar ,
Banyak perempuan yang telah melakukan dosa yang begitu besar ,
Banyak perempuan yang merasakan diri mereka telah terlambat ,
JANGAN PERNAH BERFIKIR KITA TERLAMBAT !
Tuhan itu maha pengampun dan maha mengasihani ,
Sekiranya kita datang kepada-Nya dengan dosa sebesar gunung ,
Memohon keampunannya ,
Ikhlas dan bersungguh sungguh untuk bertaubat ,
Tidak akan sekali kali DIA menolak hamba hamba-Nya .
Ini bukan cerita kosong ,
Ini adalah kalam ALLAH itu sendiri .
Ini adalah cerita pada zaman nabi nabi ,
Fikirlah dan renungkan .
Pada suatu zaman dahulu ,
ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia ,
namun pada suatu hari ,
dia berkeinginan untuk bertaubat dengan ikhlas hatinya .
Lalu ,
dia berjumpa dengan seorang warak ,
yang sentiasa patuh perintah ALLAH ,
namun tiada ilmu .
Lalu ,
si lelaki ini menyatakan hasratnya untuk bertaubat ,
dan menceritakan kesilapannya yang lalu ,
moga moga si warak ini tahu akan caranya .
Lalu ,
si warak yang tiada ilmu tadi berkata "Lupakan sahaja niatmu untuk bertaubat.Kamu telah membunuh 99 orang saudaramu,tempatmu pasti di neraka."
Si lelaki tadi berang ,
lalu membunuh si warak tadi sebagai orang yang ke 100 .
Kemudiannya ,
si lelaki ini bertanya pada orang kampung tentang orang yang boleh menerangkan kepadanya bagaimana cara untuk bertaubat ,
orang kampung itu mengarahkannya untuk pergi bertemu dengan seorang alim ulamak di kampung sebelah .
Dengan ikhlas hatinya dan kesungguhannya ingin bertaubat kepada ALLAH ,
dia menapak ke kampung sebelah .
Namun ,
dalam perjalanannya ,
si lelaki ini meninggal dunia .
Bertelingkah dua malaikat tentang keadaan lelaki itu .
Sama ada ke syurga ,
ataupun neraka .
Apabila malaikat ini menemui ALLAH ,
ALLAH mengatakan syurga adalah tempat buat lelaki itu ,
kerana setiap langkah yang disusun lelaki itu untuk bertaubat ,
telah menghapuskan seluruh dosa dosanya .
Niatnya yang ikhlas untuk kembali ke jalan ALLAH ,
telah menghapuskan seluruh kejahilannya .
Lihatlah ,
bagaimana besarnya kuasa ALLAH ,
bagaimana mulianya sifat ALLAH ,
tiada istilah terlambat dalam ISLAM ,
semuanya bergantung pada niat .
Tiada orang yang terhindar dari dosa ,
kecuali RASULULLAH ,
dan tiada orang yang terhindar dari pengampunan ,
andai dia datang kepada-Nya dengan niat yang suci ,
dan hati yang ikhlas .